Sunday 20 November 2011

Takaful Puteri / Puteri Plus


Anda Seorang wanita atau perempuan atau puteri disebabkan itu anda seorang yang ISTIMEWA. Oleh kerana itu, anda berhak mendapatkan sesuautu yang ISTIMEWA. PruBSN Takaful Puteri menyediakan sesuatu yang direka khas khusus untuk insan ISTIMEWA seperti anda. 

PruBSN Takaful Puteri adalah di reka khas untuk memberikan anda perlindungan yang berterusan daripada tekanan kewangan yang anda hadapi akibat daripada penyakit-penyakit yang sering dan selalu terjadi kepada golongan seperti anda.

Selain itu, polisi ini juga membayar manfaat pada pelbagai peringkat kehidupan. pada tarikh tamat tempoh polisi, PruBSN TAKAFUL PUTERI akan membayar balik semua premium yang sudah dibayar ditolak tuntutan yang sudah dibuat.

Apakah pelan perlindungan PruBSN TAKAFUL PUTERI ini?

Terdapat 3 pelan utama:

Pelan 1 – RM50,000

Pelan 2 – RM100,000

Pelan 3 – RM150,00

Apakah Perlindungan Yang Disediakan untuk Anda?
- Kanser Wanita (Kanser Payudara, Uteri Serviks, Tiub Falopia, Ovari, Uterus dan Vagina/Vulva)
- Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
- Artritis Reumatoid dengan Komplikasi
- Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana Kemalangan
- Pemindahan Kulit kerana Kebakaran
- Pemindahan Kulit kerana Kanser Kulit
- Karsinoma-in-situ Payudara atau Uteri Serviks
- Komplikasi Kehamilan
- Penyebaran Penggumpalan Intravaskular
(selepas hamil 7 bulan)
- Kehamilan Ektopik
( kandungan luar rahim )
- Kandungan Molar
- Kematian Fetus
(selepas 195 hari mengandung)
- Kematian Anak
(dalam tempoh 30 hari selepas lahir)

Penyakit Kongenital Bayi (hidup lebih daripada 30 hari selepas lahir dan didiagnos dalam tempoh 2 tahun selepas lahir)
- Kecacatan Ventrikel Septum
- Kecacatan Atrium Septum
- Sindrom Down
- Spina Bifida
- Tetralogi Fallot
- Transposisi Pembuluh Utama

Untuk Keterangan Lanjut Mengenai Prudential BSN Takaful 

..Sila hubungi Kami di…

Phone : 012-3333559 (Zulkhairi Supaat)

email : zulkhairisupaat@gmail.com 

Atau klik link ini untuk fast quotation

PruBSN Crisis Cover

Produk ini adalah sebagai satu pelan tambahan sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan perlindungan kewangan disebabkan oleh risiko sakit kritikal, atau sesiapa yang ingin memulakan caruman bulanan dengan jumlah yang rendah disebabkan oleh kemampuan kewangan dan sebagainya.

Selain itu, produk ini juga amat sesuai kepada pemilik-pemilik syarikat yang ingin memberikan perlindungan takaful terhadap sakit kritikal kepada pekerja-pekerja mereka. Ini kerana dengan caruman yang rendah dan mampu milik, tidak menjadi satu bebanan kepada majikan untuk memberikan sedikit manfaat pekerja bagi memastikan pekerja terus setia bekerja dengan majikan

Pelan PruBSN CrisisCover merupakan satu plan baru yang dikeluarkan oleh PruBSN Takaful Berhad bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan pelanggan. Secara asasnnya, plan ini memberi perlindungan kewangan (pampasan) kepada pemegang polisi sekiranya beliau meninggal dunia atau disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.

Plan ini merupakan plan traditional (plan bertempoh / term plan). Namun ianya mempunyai nilai tunai. Pembahagian keuntungan pelaburan antara pemegang policy dan syarikat PruBSN Takaful Berhad adalah seperti berikut :

Pemegang Policy : 80%

PruBSN Takaful Berhad : 20%

Plan ini memberi pilihan kepada pemegang policy yang sudah mempunyai plan insurance atau takaful lain (life policy, medical dan sebagainya) tapi ingin mendapatkan perlindungan tambahan sekiranya mengidap sakit kritikal. Sebenarnya, manfaat ini sama seperti manfaat rider Crisis Shield atau Crisis Shield Plus (dalam Plan Takafulink). Tapi, pelan PruBSN CrisisCover hanya memberi pampasan kepada 3 perkara sahaja seperi yang saya sebutkan di atas.

Plan ini boleh didapati dengan caruman serendah RM 20 sebulan. Selain dari manfaat pampasan disebabkan penyakit kritikal, pemegang policy juga boleh attached dengan manfaat tambahan iaitu
  • Family Income Benefit
Manfaat ini memberikan orang yang anda kasihi pendapatan bulanan sekiranya anda kehilangan nyawam disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan (TPD).
  • Spouse Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
  • Parent Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.

Sekiranya anda ingin mendapatkan contoh plan, boleh emailkan ke zulkhairisupaat@gmail.com details anda kepada saya.
1. Nama
2. Tarikh Lahir
3. Pekerjaan
4. Status Merokok (Y/N)
5. Jumlah Perlindungan yang ingin diambil.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai product ini, boleh menghubungi saya di talian 012-3333559 (Zulkhairi Supaat) atau email saya : zulkhairisupaat@gmail.com. Insyallah, kami sedia memberi khidmat nasihat kepada anda.

Atau klik link ini untuk fast quotation

PruBSN Protect / Protect Plus

Plan PruBSN Protect merupakan sejenis Plan traditional yang memberi perlindungan kewangan akibat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan disebabkan sebab-sebab bukan kemalangan. Ia juga ditambah dengan manfaat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan dan beberapa manfaat yang berkaitan kemalangan yang lain.

Terdapat pula PruBSN Protect Plus yang menggandakan jumlah perlindungan sebanyak 5% dalam setiap 3 tahun secara automatik. Tujuan penambahan perlindungan ini adalah dengan mengambil kira kadar inflasi setiap tahun. Jadi, berkemungkinan jumlah perlindungan kewangan yang kita sign up sekarang nilai nya tersangat kurang pada masa akan datang. Jadi, ada satu kaedah / cara bagaimana kita ingin memberikan lebih perlindungan kewangan pada masa akan datang.

Antara manfaat dalam plan ini adalah
  • PruBSN Protect
Membayar pampasan disebabkan oleh kematian, atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
  • PruBSN Protect Plus
Manfaat ini sama seperti manfaat di atas, cuma jumlah sum insured / sum covered akan bertambah setiap 3 tahun sebanyak 5%.
  • Accident Death and Disablement
Memberikan keluarga pemegang policy wang tunai sekiranya pemegang policy meninggal dunia atau hilang upaya kekal keselurhan disebabkan oleh kemalangan.
  • Accident Medical Reimbursement
Manfaat ini akan membayar semua kos rawatan kemalangan (tertakluk kepada jenis rawatan yang diberikan. Pemegang policy perlu membayar bill hospital/klinik terlebih dahulu, kemudian, baru kita buat claim ke PruBSN Takaful.
  • Weekly Indemnity
Manfaat ini membayar pendapatan mingguan disebabkan pemegang policy cuti sakit (MC disebabkan oleh accident). Akan tetapi tempoh pemulihan akan ditetapkan oleh Doktor yang merawat.
  • Family Income Benefit
Manfaat ini memberikan pendapatan bulanan kepada keluarga sekiranya pemegang policy disahkan meninggal dunia, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
  • Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pemegang policy disahkan mengidap sakit kritikal.
  • Spouse Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan
  • Parent Contributor (hanya utk client yang berumur bawah dari 19 tahun sahaja).
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.

Konsep PruBSN Protect Plus

Email saya details anda sekiranya ingin mendapatkan contoh plan / quotation. Terima kasih.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan, boleh call saya : 012-3333559 atau email zulkhairisupaat@gmail.com

Atau klik link ini untuk fast quotation

Pelan Takafulink PruBSN


Pelan Takafulink Prudential BSN Takaful (PruBSN) adalah suatu produk komprehensif yang menyeluruh gabungan semua jenis perlindungan hayat, perlindungan penghospitalan dan simpanan pelaburan.

Ianya membantu anda merancang tahap perlindungan yang sesuai dengan hidup anda dan dirangka dengan matlamat untuk menangani keadaan-keadaan yang tidak menentu dalam kehidupan seharian. Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa, begitu juga dengan keutamaan hidup yang sentiasa berubah. Maka perancangan kewangan kita perlu selaras dengan peredaran hidup dan Pelan Takafulink PruBSN memberikan anda kawalan kerana ia dapat disesuaikan dengan pelbagai peringkat kehidupan tersebut.

Takafulink PruBSN dan manfaatnya adalah pelan Takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah.

Pelan Takafulink berkaitan pelaburan ini ialah gabungan perlindungan dan pelaburan. Premium yang dibayar bukan sahaja menyediakan perlindungan tetapi sebahagian daripada premium tersebut juga akan dilaburkan ke dalam dana pelaburan tertentu mengikut pilihan anda. Sebagai pemegang polisi, anda boleh memilih bagaimana membahagikan premium insurans anda untuk perlindungan dan pelaburan.
Pelan Takafulink adalah sesuai untuk semua peringkat lapisan umur masyarakat kerana memenuhi 4 keutamaan keperluan keluarga:-

  • "Dying too Soon" : Melindungi waris daripada bebanan kewangan akibat kematian awal
  • "Living Too Long" : Plan Kewangan Simpanan Pelaburan untuk persaraan apabila sudah tua
  • "Living Death" : Melindungi pendapatan akibat penyakit biasa, kritikal atau kecederaan yang memerlukan kos rawatan berterusan sehingga meninggal dunia
  • "Children’s Future" : Menyediakan Tabung Pendidikan anak-anak
  • "Wealth Creation" : Mewujudkan Tabung Simpanan Tambahan berserta pulangan pelaburan
Pelan Takafulink PruBSN memberikan fleksibiliti kepada anda dari segi:-
1) Fleksibiliti memilih sendiri tahap perlindungan dan pelaburan anda.
2) Anda boleh memilih untuk mengubah jumlah bayaran premium atau perlindungan mengikut perubahan kedudukan kewangan anda
3) Anda boleh memilih daripada berbagai dana (eg. Equity, Bon etc.) untuk pulangan pelaburan simpanan bergantung kepada paras risiko yang selesa untuk anda
4) Anda boleh menebus sebahagian simpanan daripada unit berkaitan pelaburan anda pada bila-bila masa.
5) Anda boleh juga boleh menukar dana pelaburan yang sedia ada kepada dana pelaburan yang lain.

Harapan kami, warga PruBSN agar ciri-ciri unik Takafulink akan membantu merealisasikan impian kerajaan untuk meramaikan rakyat Bumiputera yang dilindungi insurans terbaik dekad ini!

Tips memilih Takaful


Memiliki pelan takaful hayat untuk diri sendiri atau mereka yang tersayang dapat membantu anda daripada segi kewangan ketika dalam kesusahan. Waris anda layak menerima sejumlah wang daripada polisi anda jika anda meninggal dunia. Anda juga boleh menerima pampasan ke atas sebarang kecacatan kekal yang menimpa anda. Ini bagi memastikan keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan sementara selepas kematian anda.

Selain itu, jika sesuatu insuran itu mempunyai nilai simpanan, maka ianya menyediakan suatu pelan tabungan tambahan untuk masa hadapan sebagai sumber pendapatan apabila bersara. Juga memberi jaminan dana pendidikan anak-anak.

Kad Perubatan atau 'Medical Card' pula ialah satu manfaat tambahan yang melindungi kos rawatan perubatan swasta yang mungkin mahal, seperti kos kemasukan ke hospital dan pembedahan. Manfaat ini juga memastikan anda tidak perlu bimbang mengenai kos bagi mendapatkan rawatan kecemasan di hospital pakar swasta kerana segala pembayaran kos rawatan adalah 'cashless'!

Dalam memilih insuran yang sesuai, anda perlu mempertimbangkan keperluan, keutamaan dan risiko yang mungkin anda tanggung/hadapi di masa akan datang.
 
Apabila membuat pemilihan polisi, anda harus:
1)Memilih polisi yang sesuai dengan peringkat hidup anda
2)Memahami skop perlindungan yang ditawarkan polisi tersebut
3)Mengetahui apa yang akan terjadi jika anda perlu menukar polisi
4)Memberi maklumat penuh dan tepat di dalam permohonan anda
5)Pastikan premium yang anda mampu bayar dengan keperluan manfaat anda

Majikan anda mungkin telah mengambil pelan berkumpulan di mana premium akan dibayar sama ada oleh anda sendiri atau majikan anda. Anda patut mendapatkan maklumat tentang terma polisi tersebut dan skop perlindungannya. Walaupun anda mempunyai pelan berkumpulan, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan pelan individu yang mungkin lebih bersesuaian dengan keperluan anda serta untuk menjamin perlindungan takaful sekiranya anda bertukar kerjaya atau sesudah bersara nanti!

Mengapa orang ramai membeli takaful keluarga/insurans hayat



Utusan Malaysia: Orang ramai membeli polisi takaful hayat kerana berbagai sebab. Berikut adalah beberapa contoh mengapa orang ramai daripada berbagai lapisan masyarakat membeli polisi takaful hayat:

Pemandu teksi yang menampung sara hidup keluarganya:
"Saya telah bekerja sebagai pemandu teksi selama sepuluh tahun."
"Saya sudah lama terfikir hendak membeli polisi takaful hayat tetapi tidak berbuat demikian sehingga saya ditimpa kemalangan dan tidak dapat bekerja selama beberapa minggu."
"Pendapatan saya tidak tetap. Saya akan hanya mempunyai pendapatan sekiranya saya bekerja. Jika saya sakit atau ditimpa kemalangan dan terpaksa pula masuk ke hospital, saya tidak dapat mencari nafkah. Saya mempunyai tiga orang anak yang masih kecil dan isteri saya pula tidak bekerja. "
"Semasa saya sakit dan tidak bekerja, saya berasa amat bimbang akan nasib anak-anak dan isteri sekiranya saya meninggal dunia. "
"Ini membuatkan saya sedar betapa pentingnya polisi takaful hayat untuk melindungi keluarga sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri saya."

Seorang guru yang menjaga ibunya:
"Saya masih bujang dan telah mengajar selama lima tahun. Saya tidak mempunyai tanggungan lain kecuali ibu saya yang berumur lima puluh tahun. "
"Sebagai memenuhi tanggungjawab seorang anak, saya telah membeli polisi takaful hayat dan menamakan ibu sebagai penama. Sekiranya saya ditimpa kemalangan dan meninggal dunia, wang daripada polisi takaful hayat itu akan dapat membantu ibu untuk terus menikmati taraf hidup yang baik. Ibu juga boleh menggunakan wang tersebut untuk mengambil pembantu rumah untuk menjaganya."

Ahli perniagaan yang ingin melindungi keluarganya:
"Saya telah berkecimpung dalam bidang perniagaan selama lima belas tahun. Walaupun perniagaan saya maju, saya tidak mahu keluarga saya kehilangan taraf hidup yang dinikmati sekarang."
"Semua jenis perniagaan ada risikonya. Saya berasa amat bimbang jika satu hari nanti kemelesetan ekonomi yang teruk akan menyebabkan perniagaan saya gagal dan jatuh bankrap. "
"Saya tidak mahu pemiutang mengambil polisi-polisi takaful hayat saya dan menyerahkannya untuk mendapatkan tunai sedangkan pada itulah saya harus melindungi polisi-polisi tersebut. "
"Justeru itu, saya telah membeli polisi takaful hayat dan menamakan isteri dan keempat-empat orang anak saya sebagai penama. Di bawah Seksyen 166 Akta Insurans 1996, polisi tersebut menjadi polisi amanah. "
"Jika sekiranya perniagaan saya gagal dan saya jatuh bankrap, polisi tersebut akan melindungi keluarga saya sekiranya saya meninggal dunia. "

Balu yang berasa bimbang akan kebajikan anak-anaknya:
"Suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan tiga tahun yang lalu ketika berumur awal empat puluhan. Kami mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah."
"Kami bersyukur kerana mendiang suami saya mempunyai polisi takaful hayat. Wang yang diperolehi daripada polisi tersebut telah digunakan untuk melangsaikan pinjaman rumah."
"Walaupun begitu, saya masih terpaksa mencari pekerjaan untuk menyara hidup kami sekeluarga. Oleh itu, saya juga telah membeli polisi takaful hayat untuk melindungi saya jika berlaku kemalangan, kecacatan dan juga kematian ke atas diri saya. Sebagai ibu, saya bertanggungjawab membuat perancangan untuk anak-anak saya."

Simpanan, Perlindungan dan Pelaburan



  Assalammualaikum dan salam sejahtera saudara semua, saya ingin berkongsi dengan anda tentang betapa pentingnya perlindungan insurans. Marilah kita kongsi bersama...

           Saya percaya sebaik saja anda membuka mini website ini, perkara pertama yang anda fikirkan ialah INSURANS... dan saya yakin kebanyakan dari kita masih mempunyai kesedaran yang rendah terhadap peri pentingnya perlindungan insurans, terutama dari kalangan orang Melayu kita. Persepsi kebanyakan dari kita sangatlah negatif terhadap perlindungan insurans. Saya sangat berharap agar anda tidak begitu.
Sedikit pertanyaan dari saya, bagaimanakah cara anda menyimpan wang anda? Adakah anda sedang merancang untuk membuat simpanan jangka panjang? Adakah diri anda boleh kekalkan tahap disiplin untuk membuat simpanan jangka panjang dengan konsisten.

Selalunya sikap kita kalau secara sengaja nak buat simpanan dengan penuh disiplin untuk satu tempoh jangka panjang amatlah sukar sekali. Percaya atau tidak itulah sikap sebenar kebanyakan dari kita. Tetapi kalau kita beli sesuatu barang dengan cara berhutang kita akan cuba sedaya upaya untuk membayar sepenuhnya. Kita boleh membayarnya.

Sekarang mari saya tunjukkan cara kita membuat simpanan dengan cara membeli sesuatu. Bayangkan kita membeli sesuatu barang dengan tempoh bayaran yang panjang, sedangkan barang tersebut tidak rosak dan juga tidak susut nilai. Ditambah pula barang tersebut boleh digunakan semasa kita susah atau sakit.

Sebenarnya itulah konsep kami di PruBSN Takaful. Anda membeli polisi untuk jangka panjang dengan nilai simpanan tertentu. Nilai tersebut tidak susut. Dan apabila anda sakit sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital anda tidak perlu menggunakan nilai simpanan tersebut. Dari polisi tersebut disertakan kad kemudahan hospital dengan nilai minimum yang tinggi!

Bagaimana sekiranya penyakit tersebut akan menyebabkan anda tidak boleh bekerja lagi? Apatah lagi bagi anda yang masih muda umurnya. Bagaimana anda nak meneruskan simpanan? Anda tidak perlu risau tentang itu, kerana simpanan anda akan terus dibuat oleh PruBSN Takaful sehingga anda tua!!!

Walaupun menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan skim perubatan percuma kepada rakyat, tetapi lihatlah realitinya apa yang berlaku di hospital kerajaan. Apabila perlu melakukan pembedahan besar kita selalunya perlu menunggu giliran. Kita tentu sedia maklum tentang prosesnya dan perkhidmatan yang kita terima tidaklah sama seperti di hospital pakar yang kita bayar (insurans yang bayar).

Jadi, rancanglah simpanan kewangan anda untuk menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar. Sudahkah anda bersedia untuk :-

1. Menghadapi kehidupan selepas anda bersara?

2. Perbelanjaan bagi menampung keperluan pembelajaran anak-anak anda di institusi pengajian tinggi kelak?

3. Menempuh saat-saat mendukacitakan dan sukar (sakit)  dalam hidup anda?

4. Lain-lain keperluan anda...?
      
       Kebanyakan dari kita mungkin secara tidak sedar akan perkaran ini. Kepada anda yang bijak dan bertanggungjawab terhadap kehidupan keluarga pasti memikirkan hal ini. Untuk anda yang mampu sekurang-kurangnya peruntukanlah antara 10 - 15% dari pendapatan bulanan untuk perlindungan insurans terutama dari jenis pelaburan kerana ia ada pulangan dan premiumnya tidak hangus.

Prudential BSN Takaful dengan simpanan bermula dari minimum RM 5 sehari... pastinya memenuhi segala keperluan anda pada masa hadapan... meskipun anda tidak perlukan rawatan dalam hidup anda, anda masih boleh menikmati simpanan anda di hari tua...
  
Hubungi saya (atau layarilah blog saya ini seterusnya), saya akan tunjukkan bagaimana pelan ini dapat membantu anda... malah anda tidak perlu mengeluarkan wang simpanan untuk membayar nilai bil-bil rawatan perubatan anda yang besar... dan sekiranya anda disahkan menghidap sesuatu penyakit yang dianggap kritikal oleh doktor, pelan ini akan memastikan akaun simpanan anda masih ada"wang masuk" sebagaimana yang anda simpan semasa sihat dahulusehingga umur anda tua!!!  ...ini bermakna simpanan anda tidak akan terjejas walaupun anda sudah tidak boleh bekerja lagi... jika suami/isteri atau anak-anak anda yang mempunyai pelan berasingan di bawah anda, anda juga tidak perlu lagi membuat simpanan untuk mereka malah simpanan mereka akan diteruskan!!!

Realitinya wang simpanan anda tidak akan terusik atau terganggu apabila anda terpaksa dimasukkan ke hospital. Sekiranya anda simpan wang anda di bank atau ASB, anda tidak akan mendapat kemudahan seperti ini. Saya pasti pelan yang terbaik untuk anda adalah dari Prudential BSN Takaful.

“Saya yakin ANDA dan AHLI KELUARGA ANDA memerlukan pakej yang LENGKAP dan SETELUS ini… rancanglah untuk masa depan yang lebih terjamin… pelan dengan pakej yang terbaik dari PRUDENTIAL BSN TAKAFUL ini pasti mampu memenuhi keperluan hidup anda sepenuhnya”

Saya hanya ingin membantu anda...
Pilihlah yang terbaik untuk kehidupan anda...