Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) telah diberi kepercayaan dan kelulusan untuk mengurus industri Takaful daripada Bank Negara Malaysia pada awal tahun 2006. Kerjasama antara dua syarikat kewangan yang utuh iaitu Prudential Holdings (Prudential) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) telah melahirkan syarikat PruBSN Takaful. Prudential ditubuhkan pada tahun 1848 dan menjadi pemacu kepada insurans nyawa dan pencen di United Kingdom.
Syarikat usaha sama baru ini menawarkan rangkaian produk tabungan perlindungan dan pelaburan yang dirangka untuk memenuhi keperluan unik Bumiputera, yang merangkumi 60% daripada penduduk Malaysia. PBTB ialah syarikat Takaful pertama di Malaysia yang yang mengeluarkan produk Takaful/Insuran Kesihatan, ‘Medical Card‘ yang berlandaskan Syariah yang kini pilihan utama rakyat Malaysia, bumiputera khususnya. 'Medical Card' adalah Kad Perubatan panel hospital swasta yang membantu membiayai kos rawatan peserta di hospital tersebut.
Hari ini Prudential berbangga menjadi salah satu kumpulan perkhidmatan kewangan yang terbesar di dunia. Melalui Prudential Assurance, jenama Prudential telah berkembang di Malaysia sejak 80 tahun lalu. Manakala BSN yang dilancarkan pada tahun 1974 mempunyai 9 juta pelanggan dengan kekuatan tenaga pekerja 5,100 orang di 400 cawangan di seluruh negara. Ia didaftarkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Kekuatan jenama dan identiti kedua-dua syarikat ini telah menghasilkan peluang kepada PruBSN untuk terus maju dalam industri Takaful di Malaysia.
Visi PruBSN adalah untuk menjadi penyedia penyelesaian kewangan Syariah bertaraf Dunia. Ini kerana di PruBSN, We Understand, We Care.
No comments:
Post a Comment