Sunday 9 October 2011

TAKAFUL & ANDA



Makna Takaful

Tafsiran syara' ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.
• Takaful mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin
menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.
• Ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Demi diriku yang
dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi
perlindungan kepada jirannya yang terhimpit". 


Tujuan Takaful

Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.
• Menjaga kebajikan sosial
• Mewujudkan keharmonian sosial
• Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana,"The fortune many compensate the unfortunate few".

Ciri - Ciri Takaful

Tiada unsur riba'Tiada unsur gharar (ketidakpastian)Tiada unsur maisir (judi)Ada tabarru' (derma ikhlas)
Akad yang dipersetujui
• Tiada unsur riba]
• Tiada unsur maisir (judi)
• Tiada unsur gharar

Konsep Tabarru'

Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu. Prudential BSN Takaful Berhad berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'.

• Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma
Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha Sendiri
• Tabarru' dilakukan dengan sedar di atas niat yang suci murni untuk tujuan membantu.
• Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jualbeli seperti
insurans.
• Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.
• Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar.
• Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang
mentabarru' dan bukannya syarikat.
• Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Prudential BSN Takaful Berhad bukan
menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut.
• Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan
yang lain (iaitu semangat bertabarru')
• Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan
menentukan hak diberikan secara adil.
• Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada
beza dari insurans.

Apa yang paling Berbeza antara Prudential BSN Takaful Berhad & pengendali Takaful yang lain:

1. Perbezaan ketara ialah produk kami mempunyai LINK kepada Dana Pelaburan yang spesifik seperti mana Unit Amanah Islam( Tiga Dana Utama yang diwujudkan iaitu DANA URUS, DANA EKUITI, DANA BON-yang dikawal selia oleh dan Panel Syariah di Suruhanjaya Sekuriti)dimana pengendali lain tidak punyai link yang jelas.

2. Didatangkan secara terus dengan Kad Bantuan perubatan bersama polisi Takaful (Tak
perlu pening kepala bayar kad & polisi berasingan)

2. Rangkaian Agensi Takaful terbesar di Malaysia serta Pengendali Takaful No.1 di
Malaysia

3. Perunding yang dilatih di bawah satu bumbung secara komprehensif, dari segi
rundingan & pembelain dari orang awam ialah 3 : 1 ( iaitu 3 dilanggani oleh
pelanggan yang ditemui dimana pengendali Takaful lain hanyalah 1)

4. Sistem yang paling sistematik dalam industri Takaful dari segi Pengurusan,
kawalan terhadap perunding (penting untuk isu kredibiliti), penghantaran & servis
selepas anda menjadi peserta takaful .

No comments:

Post a Comment